Sinar Harapan Melalui Infaq & Sedekah
Mewujudkan Kesejahteraan Ekonomi dan Sosial melalui Sumbangan Infaq




Program Kami
Perkhidmatan & Program
Ustazlah Official Group menyediakan pelbagai perkhidmatan dan program yang dirancang khusus untuk memenuhi keperluan rohani dan fizikal umat Islam, di samping memperkasa komuniti dengan ilmu dan kebajikan. Dengan fokus kepada pembangunan masyarakat dan penyebaran dakwah, kami menawarkan beberapa inisiatif utama:
Menyatukan umat Islam Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan melalui infaq dan sedekah
Pertubuhan Rezeki Infaq merupakan wadah pembangunan ekonomi yang menghubungkan seluruh umat Islam di Malaysia. Kami berkomitmen untuk menjadikan infaq sebagai medium utama untuk menyalurkan sumbangan dan melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam.”


Semai di Dunia, Tuai di Akhirat
Sumbangan Anda Membawa Perubahan
Sejak 2022, Pertubuhan Rezeki Infaq Malaysia telah membantu lebih 50 buah Maahad Tahfiz, Masjid, tajaan, dan pembangunan rumah anak yatim di seluruh pelusuk negeri di negara ini. Sokongan dan sumbangan anda telah menjadikan usaha pertubuhan menghampiri matlamat yang telah disasarkan



Sertai Ustazlah dalam Membawa Harapan Melalui Infaq
Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, masih ada harapan untuk kita bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. Bersama Ustazlah, kami mengajak anda untuk menghulurkan tangan, meringankan beban, dan menyebarkan kebaikan melalui infaq.
Dengan sumbangan anda, kita dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak yatim, pelajar tahfiz, dan komuniti yang memerlukan. Setiap ringgit yang anda berikan adalah sinar harapan buat mereka, dan ganjaran yang besar di sisi Allah.
Jom bersama Ustazlah, kita jayakan misi ini. Bersama, kita mampu mencipta perubahan. Infaq sekarang, demi kesejahteraan ummah.
Hulurkan Bantuan Anda kepada Anak Yatim, Pusat Tahfiz, dan Masjid Bersama Ustazlah
Kami perlukan sokongan anda
Bersama Pertubuhan Rezeki Infaq dan Ustazlah, mari kita membantu anak-anak yatim, pelajar tahfiz, dan pembangunan masjid. Setiap sumbangan anda, kecil atau besar, membawa harapan dan perubahan. Jadilah sebahagian daripada kebaikan ini hari ini.